Friday, March 2, 2007

Hadiah 20 tahun Harakah: Kena lagi amaran KKDN!

Hadiah 20 tahun Harakah: Kena lagi amaran KKDN!
Posted on Thursday, March 01 @ 02:35:01 CST by reformis
Fokus Isu Oleh Ahmad Lutfi Othman

Semalam, 28 Februari 2007, sempena ulangtahun ke-20 usia Harakah, saya sempat membuat catatan ringkas, sambil bertanya, apa sebenarnya yang mahu dirayakan oleh Harakah selepas 2 dasawarsa menabur bakti memandangkan tekanan dan kezaliman pemerintah terhadap media di negara ini bertambah dahsyat.


Saya sempat berjanji untuk menulis hal kebebasan media ini ketika saya lebih tenang berfikir bagi menyusun kalimah lebih bermakna. Benar, semalam saya menjadi keliru dan "kebengongan" tentang peranan dan masa depan Harakah, yang mulanya sebuah akhbar mingguan, kemudian diterbitkan dua kali seminggu tetapi selepas pilihan raya 1999 menjadi 15 hari sekali. Waduh, apa lagi yang boleh dilakukan Harakah sebagai sebuah akhbar?


Ketika saya makin letih mengenangkan nasib Harakah selepas 20 tahun, pagi tadi, saya dikejutkan lagi dengan satu lagi amaran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) selepas amaran awal dikeluarkan pada 29 September 2006. Isunya tetap sama, KKDN mahu terus mengongkong, memasung, memenjara dan memperkosa Harakah, yang sebenarnya sudah nyawa-nyawa ikan ini. Mahu saya tegaskan untuk kesekian kalinya: Harakah sebagai sebuah akhbar sudah hilang peranan dan fungsinya! Harakah bukan lagi sebuah akhbar berpengaruh yang perlu digeruni ataupun ditakuti!


Pelik bin ajaib apabila Harakah bukan saja terus dicemburui tapi mahu dilenyapkan langsung kewujudannya. Dalam keadaan Harakah tidak lagi bertaring, dan bisanya sudah luntur seluntur-lunturnya, namun Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi masih mahu mempastikan hanya sekadar menjadi pelapor kegiatan parti, bukan mengungkap masalah rakyat dan mengungguli kebenaran yang dibenamkannya.



Apa kesalahan Harakah? Apa dosa Harakah? Tak lain kerana Harakah cuba menjadi jurubicara masyarakat, cuba menyuarakan gelodak rasa kegelisahan dan amarah rakyat, cuba menonjolkan suara-suara yang ditenggelamkan media milik mutlak pemerintah.


Harakah diletakkan di kandang orang salah kerana "penerbitan tuan telah menyimpang dari konsep asalnya seperti yang diluluskan KKDN," yakni "... surat berita yang bercorak maklumat/ aktiviti/ koperasi/ institusi." Harakah juga bersalah kerana menyiarkan artikel-artikel yang tidak seimbang, spekulatif dan boleh menjejaskan kestabilan politik negara.


Waduh pak ... saya betul-betul kebengongan. Apa lagi yang dibolehkan KKDN di bawah ehsan pemerintahan Abdullah untuk Harakah bersuara? Maaf, saya bertambah pening, nanti kita sambung lagi ....

5 comments:

Anonymous said...

teruskan usaha

Anonymous said...

Benar, teruskan usaha mu wahai wargakerja harakah! Semoga antum sentiasa dalam keredhoan Allah swt.

Kepada Tuan Moderator, 2 komen saya sebelum ini tidak keluar. Saya rasa ini disebabkan oleh 'glitch' dalam sistem; cuba perbaiki. Terima kasih.

Fatihah Manir

ps. Minta pengkomen sekurangnya menulis nama agar senang kita nak susuli komen.

Anonymous said...

Sedih cek baca berita ni. Dalam ertikata lain, pemerintah BaNisrael tu menyatakan Harakah membawa fitnah. Namun kalau kita tengok, media mainstream yang kebanyakannya kepunyaan si BaNisrael itu bebas memfitnah pula.

Takpa. Cek akan berdiri di barisan hadapan Harakah untuk memperjuang dan mempertahankan kebenaran.

- Amir Hamzah

Anonymous said...

Tahniah, saya ucapkan pada Harakah dan semua yang terlibat! Teruskan usaha mu demi agama, bangsa dan negara. Diyana Razali

Anonymous said...

Pelik juga ana baca. Kalau Harakah tidak boleh mengeluarkan masalah dan keluhan rakyat, nak harapkan siapa? Utusan? NST? The Star? TV3? Kirim salam je lah.

Bukan apa, ana tengok mereka hanya keluarkan berita sebegitu yang tertentu sahaja - mana yang mereka boleh gunakan untuk kepentingan atau percaturan mereka. Masalah pokok sebenarnya, tidak dipaparkan.

Saudara Lutfi dan semua warge bertia alternatif, teruskan usaha penyampaian berita, kami rakyat Malaysia bersama anda.

Allahu Akbar!