Sunday, March 4, 2007

Tindakan roboh: Penduduk Semarak kecewa dengan sikap wakil rakyat

Tindakan roboh: Penduduk Semarak kecewa dengan sikap wakil rakyat


Salmiyah Harun
Sat | Mar 03, 07 | 10:45:20 AM
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Hrkh) - Penduduk Kampung Semarak yang diarah mengosongkan rumah mereka dalam masa tidak kurang 24 jam berang apabila wakil rakyatnya Dato' Zulhasnan Rafique langsung tidak mengambil peduli nasib yang menimpa mereka.

Zulhasnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan didakwa tidak pernah turun ke kampung berkenaan biarpun penduduk berkali-kali meminta agar beliau menolong mereka untuk menarik balik arahan perobohan oleh DBKL itu.

ImageSabariah Hashim, 38, ketika ditemui di kampung berkenaan berkata, beliau amat kecewa dengan sikap wakil rakyatnya yang tidak menjenguk nasib malang yang menimpa mereka

"Tengok keadaan di sini sudah hampir kecoh, mana wakil rakyat! Saya yakin dia tahu apa yang sedang dihadapi oleh rakyatnya, tetapi dia tidak mahu tarik balik arahan DBKL itu," katanya dengan penuh emosi.

Malah katanya, penduduk di sini hampir kesemuanya adalah kakitangan kerajaan yang kuat menyokong Umno dan kerajaan.

"Kami bukannya pembangkang, kami orang Umno dan kerajaan, kenapa Umno nak seksa penyokongnya sendiri," katanya.

ImageYusaini Amir, 42, melahirkan rasa kecewa apabila wakil rakyatnya tidak mahu membela nasib mereka biarpun berkali-kali menghubungi wakilnya itu untuk menyatakan masalah mereka.

"Kenapa wakil rakyat yang kami pangkah, tidak mahu turun membela nasib kami, kalau bukan pada wakil rakyat pada siapa lagi kami mahu mengadu masalah kami," katanya semasa ditemui.

Sementara itu, Ketua Masyarakat kampung berkenaan, Azman Abdul Majid, 62, sedih dengan sikap wakil rakyatnya yang tidak menghargai jasa mereka yang selama ini berjuang untuk Umno.

"Sedih, kami berjuang siang dan malam untuk beliau dan Umno dan akhirnya inikah balasan yang kami terima?" soal beliau.

Hari ini, dengan mengenepikan injunksi, DBKL cuba bertindak merobohkan kediaman penduduk berkenaan. Bagaimanapun pihak berkuasa tempatan itu akhirnya memberi tempoh kepada penduduk untuk membawa masalah itu ke Mahkamah Persekutuan.

Pada 8 September tahun lalu, Abdul Aziz Mohamed Ginan dan 108 plaintif lain telah memfailkan saman terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur berhubung pembinaan Projek Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE) yang melalui kawasan kampung mereka.

ImageMereka turut memohon perintah injunksi menghalang defendan sama ada secara sendiri atau pekerja atau ejen mereka daripada memasuki dan merobohkan rumah dan apa-apa bangunan yang telah didirikan oleh mereka di kampung berkenaan.

Peguam R. Sivarasa yang mewakili penduduk kampung berkenaan berkata, beliau mendapat arahan daripada anak guamnya supaya memfailkan permohonan untuk mendapat kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan dengan segera. - mns

2 comments:

Anonymous said...

Kejam! Kejam!

Cek rasa BaNisrael ini semakin hari semakin lampau...memang dok ikut saudara mereka di Palestin. Dan yang mengjadi bayangan rakyat Palestin pula adalah kaum Melayu.

Cek tak kisahlah depa penyokong BaNisrael atau tidak, depa tetap manusia yang telah diterpedaya dan dianiayai.

Anonymous said...

Haaa...inilah dia orang yang saya cari cari, Encik Amir Hamzah kan? Awak yang memulakan panggilan 'BaNisrael' tu? Takpe, saya sokong.

Fatihah Manir