
Jentolak BN melapah rumah rakyat Kampung Berembang
Anis Nazri Wed | Mar 07, 07 | 05:44:54 AM | |
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) - Setelah enam jam 'bertempur' dengan pihak berkuasa polis, FRU dan pemaju, Kampung Berembang akhirnya menjadi 'padang jarak padang tekukur' walaupun mereka penat merayu belas ihsan daripada Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Umno. Rumah-rumah dan khemah-khemah di kampung berkenaan musnah dilapah empat buah jentolak pemaju, dan kini barang-barang milik penduduk telah dimuatkan di dalam sebuah lori yang disediakan pihak polis. Kampung berkenaan yang telah ditutup di semua jalan masuk dengan batu-bata, menyaksikan penahanan enam orang, iaitu Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, Ketua Penerangan KeADILan bahagian Kelana Jaya, Abdul Razak Ismail, Setiausaha Agung Dema, Lee Huat Seng, termasuk Anuar Maadom, Syed Fasilshah dan Pak Mat. Abdul Razak dan Anuar kini ditahan di Balai Polis Hulu Kelang dan selebihnya di Balai Polis Ampang, Taman Dagang. Kemungkinan mereka akan ditahan di lokap semalaman dan didakwa di mahkamah, esok. Turut bersama penduduk kampung untuk memberi sokongan ialah Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, Setiausaha Pemuda, Sabki Yusof, dan para aktivis, Arutchelvan, dan Chang Lih Kang. Lebih 100 pegawai penguatkuasa mengganas Jika dua hari lepas, rumah-rumah di Kampung Berembang dirobohkan pihak pemaju tanpa pengetahuan pihak polis, tragedi itu kembali berulang dengan kehadiran pasukan polis dan juga FRU, pagi ini. ![]() Harakahdaily difahamkan, dua antara tiga rumah yang tidak berjaya dirobohkan 5 Mac lalu, telah berjaya dirobohkan pemaju dengan menggunakan jentolak. Sebuah lagi rumah tidak berjaya dirobohkan kerana penduduk dan para aktivis berkumpul di rumah berkenaan sebagai usaha menghalang pemaju melakukan kekasaran. ![]() Kehadiran Adun Sungai Pinang, Teng Chang Kim, yang juga peguam kepada kebanyakan kes-kes setinggan di sekitar Selangor, membangkitkan semangat penduduk untuk mempertahankan kampung mereka. Harakahdaily juga dimaklumkan, YB Teng bertindak mengadakan rundingan dengan pihak polis untuk menangguhkan perobohan ini sehingga kes ini dibicarakan di mahkamah, 14 Mac ini. - mks. |
2 comments:
Aku Malu...
Aku sedih...
Sedangkan seagama ku, sekaum ku
dan sebangsa ku
Duduk bersenang dalam kemewahan duniawi
bersembang tentang artis
ketawa jenaka RTM
minum di Starbucks
memacu SUV, MPV dan
mencabar gamit HIV
Ada pula seagama ku, sekaum ku
dan sebangsa ku
terpaksa tidur berbumbung kan langit dan bintang
dan keterikan matahari
Aku marah..
keadaan yang dipaksa keatas mereka
kerana kekejaman dan kerakusan
pemerintah yang kejam
yang kononnya mempertahankan mertabat bangsa
keris dihunus, sumpah diluahkan
namun bila tiba masa
kaum sendiri mereka perkosa
Aku malu...
sedangkan cerita Paklah hendak kahwin
dimainkan media
datang seorang tiongua menjadi wira
mempertahankan hak kehidupan
penduduk Kampung Berembang
sedangkan pemimpin negara
sibuk bercerita
negara maju, negara kaya
hakikatnya rakyat semakin menderita
Allahu Ya Rabbi,
ku pohon kepada Mu dan hanya kepada Mu
berikanlah keadilan kepada hamba hamba Mu
Allahu Ya Rabbi,
ku pohon kepada Mu dan hanya kepada Mu
limpahkan hidayat kepada Tian Chua dan sahabatnya
baju dirobek dan tangan digari
diri mereka lebih tegak dari
pihak pemerintah yang tiada simpati
Aku malu...
Aku...Amir Hamzah
sama saje macam baca harakahdaily..baik tak payah buat blog...
apa tujuan blog harakahdaily ni sebenarnye, tuan/puan editor????
Post a Comment