Thursday, March 1, 2007

PAS pandang serius gejala seks pelajar

PAS pandang serius gejala seks pelajar


Ustaz Haji Ahmad Awang
Thu | Mar 01, 07 | 09:42:18 AM

Penemuan kajian yang dijalankan oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati bahawa 886 daripada 887 pelajar yang berada dalam kategori ‘berisiko tinggi’ di sekolah menengah mengaku pernah melakukan hubungan seks sungguh mengejutkan.


Hasil kajian itu juga amat menakutkan kerana ia memberikan gambaran tentang betapa seriusnya masalah sosial di kalangan pelajar sekolah.


Penglibatan para pelajar dan golongan remaja di dalam pergualan dan seks bebas tidak menjadi satu perkara rahsia lagi. Pendedahan mengenai kegiatan dan permasalahan telah lama dibuat.


Namun, keadaannya bukan menjadi bertambah baik tetapi semakin kritikal. Berdasarkan bilangan responden yang dikaji oleh pensyarah berkenaan maka kita boleh merumuskan bahawa 99 peratus pelajar terbabit mempunyai pengalaman melakukan hubungan seks kecuali seorang sahaja.


Angka ini perlu diberikan perhatian yang serius oleh pihak Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah kerana gejala sosial yang melibatkan golongan pelajar menjadi semakin tidak terkawal.


Punca dan faktor yang menyumbang kepada berlaku gejala sosial di kalangan pelajar perlu dicari dan dikenal-pasti dengan segera. Membiarkan perkara itu tanpa ebarang tindakan yang konkrit akan menyebabkan kebejatan sosial di sekolah menjadi bertambah parah.


Satu siasatan secara menyeluruh perlu dilakukan dilakukan termasuk juga membuat penilaian semuyla terhadap peraturan dan pengurusan sekolah serta sistem pendidikan yang diguna-pakai hari ini.


Dengan kemajuan dan pembaharuan yang dilakukan ke atas sistem pendidikan negara, mutu disiplin dan kesedaran sivik para pelajar sepatutnya semakin meningkat naik. Yang berlaku adalah sebaliknya di mana keruntuhan akhlak dan kemerosotan moral kian menjadi-jadi.


Para pelajar merupakan generasi masa depan yang perlu diasuh dan didik dengan baik. Kerosakan yang berlaku kepada golongan pelajar akan menyebabkan kerosakan yang lebih kronik di dalam masyarakat.


Parti PAS memandang serius sindrom seks bebas yang sedang melanda pelajar-pelajar sekolah. Begitu juga dengan masalah-masalah sosial dan disiplin yang lain seperti merebaknya budaya gengterisme, hedoisme, porno dan sebagainya. Kajian yang dibuat juga mendapati 98 peratus pelajar terlibat dengan kegiatan kongsi gelap, 96.8 peratus berjudi, 77.2 peratus ponteng sekolah dan 97.3 peratus terdedah kepada bahan lucah. Kerajaan BN perlu memandang berat perkara ini.


Kegagalan pihak Kerajaan BN mencari solusi yang terbaik mengatasi masalah ini menunjukkan bahawa mereka tidak lagi berupaya memerintah dengan baik. Kerajaan BN yang diberikan mandat untuk memerintah telah gagal melaksanakan kewajiban sosialnya kepada rakyat negara ini dengan menyediakan persekitaran sosial dan alam persekolahan yang sihat untuk para pelajar.


Kerajaan BN harus mengambil tanggungjawab ini. Malahan mereka juga perlu dipertanggungjawabkan dengan segala masalah sosial dan keruntuhan akhlak yang melanda kehidupan rakyat negara ini.


Oleh itu, PAS mendesak dan mahu supaya tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini. Jika tidak, menteri yang bertanggungjawab harus meletakkan jawatan dan Kerajaan BN harus dipersalahkan sepenuhnya dengan apa yang berlaku itu.


Ketua Penerangan PAS

1 comment:

Anonymous said...

Salam

Minta maaf jika tidak dapat menerangkan dengan betul dalam bahasa.Kemungkinan Bahasa Inggeris akan digunakan. Saya, seorang Muslimah yang amat kecewa dan sedih ketika melihat topik ini sebagai muka depan akhbar harian. Ini adalah satu tamparan yang pedih kepada masyarakat Islam. Bukan itu sahaja, diberitahu juga jumlah peratus golongan yang bukan dara adalah golongan Melayu.(Berita Harian Arab)Di situ saya terbaca bahawa, di antara masyarakat melayu dan cina. 97% bukan dara adalah MELAYU. Selebihnya CINA. Sebagai negara yang tercontoh dan dikenali seluruh dunia tentang 'Modern country' atau negara muslim yang berteknologi tinggi, tetapi masyarakat Muslim di sini terpesong!. Itu adalah pandangan masyarakat Muslim di luar negara. This is not a statement to say Arab countries are good, but everything is not perfect. Right? Setiap negara ada keburukan dan kebaikan. Sebaik-baik perlu kita memperbetulkan kesilapan.Amalan ahklak dan aqidah kepada seseorang wanita muslimah adalah penting dan harus DIJAGA dengan cara yang betul. Sepanjang pengalaman saya berhijrah di sini, saya berasa berbangga ada masyarakat Muslim yang berkerja dan membangun. Tetapi sedih apabila melihat pergaulan dan amalam seharian oleh kaum Melayu Muslim melebihi batas. Walaupun kaum Cina dan India ada maruah dah rasa malu untuk berbuat demikian. Wanita adalah satu harga yang tiada tandingannya. Tiada agensi,atau(political parties)dan kerajaan akan ubah perkara ini. Kesemua ini adalah di tangan KELUARGA. Kepentingan Ibu dan Bapa sebagai contoh dan dorongan untuk meningkatkan Aqidah dan Akhlak Islam terhadap anak-anak. Dan juga harus mempersalahkan media atau aktiviti campuran yang menyebabkan perkara terpesong seperti pergaulan lelaki dah perempuan di sekolah, luar atau ketika bersukan.
Dalam ini, ibu bapa harus menjaga anak mereka dan memberi pengetahuan tentang MARUAH diri. Iaitu menjaga daranya dan simpan sehingga hari bertemu dengan suami. Kebebasan untuk mengamalkan 'bf/gf' adalah PATUT diberhentikan. Kecuali seseorang itu bertunang dan boleh kenal mengenali.(bukan melebihi batas)The parents should take care of their children as they grew up. It is a big responsibility to give good example and keep their children away from Haram things. Disallow the girls at the age of 14-18 to mix with boys. This is one the most crutial age of a teenage life. If they let them go and give them too much freedom, they will fall into bad situations and the family will be in despair. Not only that, I am suprised and still suprised. Satu media atau 'show' yang membincangkan tentang masalah remaja dari segi Islam. Didapati, para wakil presentasi tersebut termasuklah seorang Ustaz, 3 pelajar lelaki dan 1 host wanita dan 1 pelajar perempuan. Apa yang menyedihkan ialah, perbincangan adalah tentang 'Kesalahan menonton Video Lucah & sebagainya'. Ya Allah, ampunilah aku. Saya malu sehingga sejuk tangan kaki ku dibuatnya. Perkara ini, TIDAK SEHARUSNYA DIBINCANGKAN DI ANTARA DUA JANTINA. Astarfirrlah. Perkara sulit ini hanya boleh dibincang ketika di tempat yang tertutup dan sama jantina. Perbincangan terbuka ini memalukan kaum lelaki dan wanita!Contohnya; host perempuan itu bertanya si lelaki. Apakah perasaan awak apabila nak menonton VCD lucah ini? Perkara terbuka inilah menyebabkan pemikiran luas dan tidak terbatas. Apa remaja akan bereaksi terhadap topik ini? mereka akan ingat perkara sulit ini boleh dibincangkan dengan kaum wanita tanpa malu. Saya malu jika kaum lelaki bergurau senda tentang bentuk badan wanita. Maruah diri adalah berharga. Bukan sahaja dara. Tetapi Ahklak, Aurah, Iman dan Aqidah harus dijaga. Bukan saya untuk mengatakan Islam itu ketat, tetapi Islam itu adalah jalan yang benar dan cantik. Percayalah, memahami kaum dan ugama masyarakat lain memberi kesedaran kepada saya. Adakalanya, saya kecewa tak sudah melihat kejatuhan Umah Islam di dunia ini. Kecintaan terhadap keluarga dan Ugama adalah penting dan percayalah ia menegakkan lagi keteguhan Islam. Harap maaf jika tersinggung, tetapi tersinggung lagi jiwa ku melihat anak-anak islam jatuh ke tangan jahanam. Seperti kata, Islam adalah keamanan. Suatu ciptaan dan pegangan Allah SWT. Percayalah, jadikan lah nota ini sebagai peringatan untuk masa akan datang. Pentingkan Ugama, Maruah, dan Keluarga kerana itulah 'nadirah' sehingga akhir hayat hidup di dunia ini. JazakAllah

Salam