Sunday, March 4, 2007

Rakyat jangan terpedaya manipulasi media - Nur Azli

Rakyat jangan terpedaya manipulasi media - Nur Azli


Ekmal Yusof
Sat | Mar 03, 07 | 07:41:38 AM
TAIPING, 3 Mac (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nur Azli Musa, mengingatkan ahli-ahli dan penyokong Umno di negeri ini khasnya kawasan Parlimen Bukit Gantang supaya tidak mudah terpedaya dengan pendedahan media cetak arus perdana yang menggembar-gemburka n kononnya ekonomi negara sekarang ini semakin kukuh.

Kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno menerusi media cetak arus perdana itu sebenarnya hanyalah untuk `mengabui’ mata rakyat, sekali gus memberikan mesej bahawa kerajaan yang ada sekarang ini telah berjaya memacu negara ke arah kemajuan dan kemakmuran.

Beliau berkata demikian sewaktu berceramah di kubu kuat Umno di Kampung Air Kuning dekat sini baru-baru ini.

“Itu hanya gimik politik sahaja untuk memperlihatkan ekonomi negara kian kukuh kerana pilihan raya umum ke-12 dijangka tidak lama lagi,” jelas beliau.

“Saya sendiri selalu berbual dengan perniaga-perniaga, rata-ratanya mengeluh perniagaan mereka `teruk’, ditambah lagi dengan bebanan kehidupan akibat kenaikan bahan bakar, tol dan sebagai, bagaimana dikatakan ekonomi kuku?,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta rakyat negeri ini khususnya ahli-ahli Umno supaya mendapatkan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai daripada sumber yang berbeza agar mereka tidak terpedaya.

Oleh itu beliau berharap pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan DUN Air Kuning tidak tertipu, sebaliknya menggunakan kuasa yang ada untuk melakukan perubahan pada pilihan raya umum nanti.

“Saya amat berharap pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Bukit Gantang akan melakukan perubahan dengan memilih calon daripada PAS sebagai wakil rakyat mereka sekali gus menolak calon daripada Barisan Nasional (BN) .

“Saya difahamkan Kawasan Bukit Gantang 67 peratus pengundinya adalah orang Melayu beragama Islam, sepatunya mereka menolak calon parti Gerakan pada pilihan raya umum yang lalu,” katanya. - mns

No comments: